Syiling termahal

Okey, aku akan share kan knowledge2 yg aku ada kepada semua.. hope kita dapat share sama2 n menyebarkan wabak penyakit ni.. PENYAKIT CHECK WALLET!!! bila dapat duit baki dari bayar pape pun..


hari ini aku akan menceritakan serba sedikit tentang duit syiling 10sen negara kita yg paling mahal.. jangan x percaya, tetapi inilah hakikatnyer..


p/s = gambar ini dicopy daripada google sebab aku sendiri pn masih blom ada duit ini.. kepada owner gambar ni, aku mintak izin nk pakai gambar ni yer.. nk share ilmu ngn anak cucu..


Tadaa....


10 sen 1971.. inilah tahun keramat bg semua pengumpul2 duit lama yg ingin lengkapkan koleksi duit 10sen mereka.. nampak biasa jer kan.. ape yg pelik sangat?? beli gula2 pun dapat 2 biji jer.. duit ini mengikut katalog Steven Tan edisi 19, hrga dia RM120-280 SEKEPING bergantung condition!!!


kenapa mahal sangat?? baiklah murid2, duit syiling 10sen dari tahun 1967-2010 normally average ditempa@diproses adalah PULUHan JUTA atau RATUSan JUTA keping setahun.. tetapi duit 10sen tahun 1971 ni hanya ditempa@diproses sebanyak 32 236 keping sahaja.. sangat sedikit.. walaupun duit ini di letak harga sekitar rm120-280, aku belum pernah lagi jumpa ada org nk jual bwh rm200.. setakat ni average hrga yg aku jumpa antara rm210-450..


serba sedikit sejarah mengenai duit ni kenapa ditempa sedikit?? ape yg tok guru aku cakap, nama lain bg duit ini adalah 'duit banjir'. ketika tahun itu, kuala lumpur dikatakan banjir. mesin2 yg digunakan untuk buat duit syiling ni banyak rosak.. so, kuantiti yg dapat diproses adalah amat sedikit..


selain daripada 10sen tahun 1971, ada 2 tahun lg yg berpotensi untuk jadi mahal di masa akan datang iaitu tahun 1994 dan 2003. kuantiti yg dikeluarkan pada tahun 1994 ialah sebanyak 7 122 222 keping. berjaya menduduki carta ke 2 sedikit diproses manakala tahun 2003 pula sebanyak 8 640 000 menduduki carta ke 3 duit 10sen yg paling sedikit diproses..


jika anda x percaya, pecah tabung or setiap duit baki yg anda perolehi, sila cek tahun2 yg aku sebutkan diatas.. memang susah nk jumpa..

SELAMAT TERJEBAK PENYAKIT INI!!!


credit: http://www.gempak.org


so, cepat check wallet masing2...balik kejer karang pecah tabung pulak. mana tau kan terselit 2,3 keping syiling tu...kaya woooooooo huhuhuh




Related Posts

Syiling termahal
4/ 5
Oleh