25 game paling popular di Facebook bagi tahun 2012


Facebook baru saja merilis daftar 25 permainan (game) yang memiliki rating paling tinggi di tahun 2012 ini. Daftar ini disusun dengan melihat jumlah rating atau bintang terbanyak yang didapati oleh sebuah game di App Center Facebook.


Inilah 25 game di Facebook dengan rating tertinggi di 2012:

1. SongPop (FreshPlanet)

2. Dragon City (Social Point)

3. Bike Race (Top Free games)

4. Subway Surfers (Kiloo)

5. Angry Birds Friends (Rovio)

6. FarmVille 2 (Zynga)

7. Scramble with Friends (Zynga)

8. Clash of Clans (Supercell)

9. Marvel: Avengers Alliance (Playdom)

10. Draw Something (Zynga)

11. Hay Day (Supercell)

12. Baseball Heroes (Syntasia)

13. ChefVille (Zynga)

14. CSR Racing (NaturalMotion Games)

15. Candy Crush Saga (King.com)

16. Matching With Friends (Zynga)

17. Legend Online (OASIS GAMES)

18. Jurassic Park Builder (Ludia)

19. Dungeon Rampage (Rebel Entertainment)

20. Pockie Ninja II Social (NGames Limited)

21. Jetpack Joyride (Halfbrick)

22. Social Empires (Social Point)

23. Bil ve Fethet (Peak Games)

24. Ruby Blast Adventures (Zynga)

25. Pyramid Solitaire Saga (King.com)


Bahaya cinta kampus

KUANTAN - Penuntut baru di institusi pengajian tinggi (IPT) diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan budaya 'berpasangan' di kampus kerana jika tersilap langkah, mereka bakal berdepan pelbagai gejala negatif.

Penceramah bebas, Nasaruddin Samsudeng berkata, cinta kampus sangat popular dalam kalangan penuntut yang mana mereka sering kali berkepit dengan pasangan masing-masing sekali gus membawa kepada masalah sosial.

Menurutnya, budaya ini terjadi kerana kebanyakan anak muda mudah terikut-ikut dan terpengaruh dengan rakan serta perasaan ingin mencuba.

“Cinta kampus seperti satu perkara biasa pada masa sekarang sehingga ada yang mengabaikan pelajaran disebabkan terlalu asyik bercinta.

“Mereka lupa tujuan sebenar berada di kampus sehinggakan keputusan terjejas kerana tidak tumpu pada pengajian dan kerap ponteng kuliah,” katanya pada program Bicara Cinta Kampus anjuran Kolej Antarabangsa Ikip, di sini.

Nasaruddin berkata, cinta kampus akan memberi kesan buruk sekiranya golongan terbabit gagal mengawal diri masing-masing.

“Justeru, saya berharap agar remaja tidak terburu-buru untuk  bercinta, sebaliknya fokus kepada pengajian,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kolej Antarabangsa Ikip, Wan Kalsom Wan Abdul Munim berkata, program itu diadakan bagi memberi pendedahan awal kepada penuntut baru supaya tidak lalai dengan budaya baru di kampus.

Katanya, cinta kampus bukan perkara baru malah timbul pelbagai masalah menyebabkan ada dalam kalangan penuntut yang gagal mengawal perasaan apabila berdepan dengan masalah cinta.

“Justeru, kita mengadakan program ini untuk memberi kesedaran kepada penuntut mengenai bahaya cinta kampus.

“Kita mahu mereka memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran sebelum terjebak dalam soal cinta,” katanya.

Bagi penuntut tahun satu Ikip, Nur Eliyana Mohd Basar, 18, menyifatkan program itu memberi manfaat terutama kepada penuntut baru sepertinya sebagai motivasi dan peringatan agar tidak mudah hanyut dengan keseronokan bercinta.


sinar harian


Jalur Gemilang berkibar di Gaza, Palestin


Sukarelawan Misi Solidariti Gaza 2012 hari ini (8 disember 2012) menyertai puluhan ribu penduduk Gaza meraikan kemenangan mematahkan kekejaman Zionis di Khateeba Khadrat.

Lebih menarik semua sukarelawan turut berjalan kaki sejauh 2 kilometer dari hotel penginapan untuk bersama-sama meraikan kemenangan peperangan lapan hari menentang serangan rejim Zionis baru-baru ini.

Mereka juga membawa sepanduk menyokong perjuangan penduduk Gaza yang berbunyi, 'Gaza Kami Bersamamu', 'Aqsa Kami Akan Tiba' dan lain-lain sepanduk yang penuh dengan kata-kata semangat.

Sepanjang perarakan sukarelawan Misi Solidariti Gaza 2012 itu juga, mereka turut melaungkan 'Allahuakbar' dan 'Hancurkan Israel'.


utusan malaysia


Kamera AES disembur cat merah

SHAH ALAM – Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Lembah Klang menjadi sasaran perbuatan vandalisme apabila  disembur cat merah, dipercayai dilakukan awal pagi tadi.

Hasil tinjauan Sinar Harian Online di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) petang ini mendapati kamera itu masih berfungsi seperti biasa, namun proses rakaman mengalami gangguan ekoran cat merah pada permukaan kamera.

Tinjauan mendapati kamera cuba merakam imej kenderaan yang dipandu melebihi had laju memandangkan 'flash' masih berfungsi. Pengguna di laluan tersebut didapati memandu seperti biasa.


Kamera AES di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban, dekat Bangi, dicat warna merah. - Foto Bernama

 Laporan Bernama semalam menyebut bahagian 'flash' kamera AES itu ditutup dengan plastik. Bagaimanapun plastik itu tidak kelihatan hari ini, sebaliknya bahagian kamera disembur dengan cat merah.

Situasi yang sama dilaporkan di Kilometer 301.7 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah ke Kuala Lumpur.

Ketua Polis  Daerah Sepang,  Superintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi Sinar Harian, mengesahkan menerima laporan berhubung perbuatan itu pada jam 2 petang tadi.

Imran berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Menurut beliau, pihak kontraktor terbabit dari bilik kawalan mendapati kedua-dua kamera tersebut gagal mengesan sebarang pesalah lalu lintas sejak jam 2.15 pagi tadi.

“AES di lokasi tersebut didapati tidak berfungsi dan apabila diperiksa ada kesan cat merah pada sensor kamera itu, kontraktor berkenaan segera melaporkan insiden berkenaan di Balai Polis Salak Tinggi.

“Pihak polis belum dapat mengesyaki pelaku kejadian ini, dan akan segera menyiasat,” katanya.

 Kamera AES Kilometer 301.7 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah ke Kuala Lumpur juga disembur cat merah. - Foto ihsan KL Traffic Updates

 Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu menyifatkan perbuatan tidak bertanggung jawab ini sebagai protes orang awam terhadap pelaksanaan AES.

"Ini memang satu tunjuk perasaan oleh orang ramai yang tidak puas hati dengan sistem AES ini. Ia dianggap tidak adil dan membebankan, bagaimanapun saya tidak setuju dengan perbuatan tersebut.

"Saya telah arahkan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) untuk menjalankan siasatan dan Kerajaan Negeri sedia memberi kerjasama sekiranya pihak berkuasa tempatan (PBT) memerlukan pemantauan rapi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Insiden ini dipercayai perbuatan provokasi pihak tertentu yang kurang berpuas hati dengan arahan penangguhan untuk menyarung kamera AES tersebut yang dijadualkan petang kelmarin  atas nasihat pejabat peguam negeri.

Kamera AES di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan disembur cat merah, dipercayai dilakukan pagi tadi. - Foto Sinar Harian oleh Nizam Zain



sumber: sinar harian


Ayam berkaki empat ditemui di pasar raya

Khalil (dua, kanan) dan Adnan (kanan) menunjukkan ayam berkaki empat siap diproses dan dicuci di sebuah pasar raya di Bandar Tun Razak, semalam

JENGKA - Pelanggan sebuah pasar raya di Bandar Tun Razak, di sini, gempar dengan penemuan ayam berkaki empat yang sudah siap diproses, semalam.

Ayam berkaki empat itu ditemui seorang pelanggan ketika sedang memilih ayam hendak dibelinya.

Pengurus bahagian barangan mentah, Khalil Razak berkata, pelanggan terbabit terkejut dengan penemuan itu lalu memaklumkan perkara tersebut kepadanya.

“Kita sudah biasa melihat ayam berkaki empat, namun kebanyakan ayam itu masih hidup dan tidak disembelih.

“Kali ini agak berbeza kerana berpeluang melihat sendiri ayam berkaki empat sudah siap diproses dan dicuci,” katanya.

Beliau berkata, penemuan itu menarik perhatian pengunjung pasar raya berkenaan, malah ada yang menawarkan sehingga RM50 untuk membeli ayam tersebut.

Seorang pengunjung, Hatta Kamaruzzaman, 62, berkata, pertama kali dia melihat ayam berkaki empat dalam keadaan sedemikian.

“Biasanya tengok yang masih hidup, tetapi kali ini kita berpeluang melihat keadaan ayam tersebut apabila dibuang bulu dan dicuci. Pada saya, ia memang sesuatu yang unik,” katanya.

Seorang lagi pengunjung, Adnan Osman, 46, berkata, dia bertuah kerana berpeluang melihat sendiri ayam berkaki empat itu.

“Selama ini hanya tonton di televisyen atau akhbar, namun kali ini saya melihatnya di depan mata,” katanya.


sumber: sinar harian

Selangor tutup AES 2.30 petang ini


SHAH ALAM - "Ini  bukan soal mereka berhak atau tidak. Ini soal moral." Demikian ketegasan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan ditanya mengenai tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang mahu menutup kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), yang didakwa telah dipasang secara haram di negeri itu, pada jam 2.30 petang ini.

Katanya, aspek kepentingan moral iaitu menjaga kepentingan nyawa awam perlu diutamakan berbanding soal hak dari segi undang-undang boleh dipasang atau tidak kamera AES.

"Kami hendak menjaga nyawa orang ramai. Mereka hendak menghalang usaha ini... ini soal moral," kata beliau ketika dihubungi lewat malam tadi.

Ketika ditanya tindakan JPJ memandangkan Kerajaan Negeri Selangor mahu kamera AES di negeri itu ditutup hari ini, Solah berkata, "kita tengok apa merek hendak buat."

Katanya, tindakan susulan diambil selepas "melihat" perkembangan petang ini.

"Tunggu dulu," katanya sama ada akan mengambil tindakan awal sebelum jam 2.30 petang ini.

Bagaimanapun beliau masih yakin tindakan menutup kamera, sebagaimana diumumkan semalam, tidak akan diambil.

Semalam, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu berkata, notis 14 hari yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Sepang sebelum ini yang telah tamat tempohnya.

Katanya, idea untuk menutup kamera AES dikemukakan oleh Menteri Besar sendiri, di mana beliau berlembut hati untuk memberi peluang kepada mereka, "sebab itu kita tidak mahu bertindak untuk menanggalkannya walaupun notis itu sudah tamat."

Katanya, Majlis Perbandaran Sepang telah mengeluarkan notis 14 hari yang baru kepada kontraktor dan pihak JPJ setelah notis pertama tidak diendahkan mereka.



sumber: sinar harian