Langsung ke konten utama

GAMBAR Yang Sangat Viral Di Media Sosial Ini Berlaku Di Malaysia !!!


Gambar di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki tua separuh lumpuh ditarik oleh seekor kerbau ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan perubatan di daerah utara Pitas, Sabah, telah mendorong tindakan pembinaan segera akses jalan masuk. Nasib penduduk Kampung Niatang mendapat perhatian apabila gambar lelaki tua berusia kira-kira 70 tahun, Bojong Mokiling, berbaring di atas sekeping papan sambil ditarik seekor kerbau melalui jalan berbatu dan berlumpur dari sebuah perkampungan terpencil ke jalan utama. Menantu lelaki itu, Albert madin berkata 'kereta' itu adalah satu-satunya bentuk pengangkutan yang dapat digunakan untuk keluar dari kampung kerana mereka tidak dapat mendapatkan bantuan pemilik kenderaan 4WD untuk membawa keluar Bojong dari kampung yang terletak kira-kira 1.5km dari jalan utama Pitas....

"Bapa mertua saya lumpuh dan memerlukan rawatan. Keadaannya semakin buruk jadi kami mengambil keputusan untuk membawanya ke hospital. Kami tidak mempunyai pilihan melainkan menggunakan apa sahaja bentuk pengangkutan kerana tidak ada kenderaan 4WD," katanya. Adun Pitas Datuk Bolkiah Ismail, yang juga merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian negeri, ketika dihubungi berkata beliau akan mendapatkan kelulusan segera daripada Kementerian Pembangunan Infrastruktur untuk membina jalan bagi kemudahan penduduk kampung yang terjejas. "Saya sudah melawat kampung itu dengan pegawai-pegawai Jabatan Kerja Raya. Kita akan mengambil tindakan segera untuk mendapatkan kelulusan bagi pembinaan jalan," kata Bolkiah....

Beliau berkata kampung itu tidak diwartakan di bawah daerah Pitas, kerana terdapat hanya kira-kira enam buah rumah dengan kira-kira 50 penduduk tinggal di kawasan itu. Bagaimanapun, beliau berkata langkah segera akan diambil untuk membina jalan raya. Perkampungan yang terletak di Pitas itu terletak pada jarak 15km dari hospital Pitas, kira-kira 60km dari hospital Kota Marudu dan kira-kira 135km dari hospital Kudat. Pitas terletak kira-kira 250km dari Kota Kinabalu. Netizen menggesa kerajaan bertindak dengan segera untuk membantu penduduk Kampung Niatang selepas gambar Bojong menjadi viral....!!!


SUMBER : MSTAR

Komentar

Postingan populer dari blog ini

(13 GAMBAR) Lelaki Tinggalkan Gadis Cantik Demi Seorang Janda

Kisah dan gambar seorang lelaki meninggalkan kekasih transgendernya demi seorang janda tersebar di laman sosial. Menurut individu yang memuat naik gambar tersebut, Azhar Idris, lelaki itu meninggalkan kekasih transgender (pelajar UiTM) untuk seorang janda yang menjadi pilihan hatinya. “Janda sememangnya kini menjadi pilihan lelaki pada masa ini. “Yang gambar seorang itu, ex transgender mamat tu. Yang girl dalam gambar berdua itu, janda yang dia couple,” dedah Azhar yang mengakui mengikuti Instagram milik ‘gadis’ transgender berkenaan. “Transgender itu kawan kepada kawan saya di UiTM Shah Alam ini. Dengar macam baik orangnya, study pun PhD. Tapi itulah, tak sangka dia pondan,” katanya disusuli gelak ketawa. Tampil seorang individu turut mengaku mengenali ‘gadis’ transgender ini. “Saya pun kenal dia. Yes, dia baik orangnya. Tahu juga pasal kes putus dia dengan ex boyfriend tu. Dengar (cerita) dia kena buatan ilmu hitam orang selepas putus dengan mamat tu. Tapi dengar cerita, ex dia masih...

PROMPT GENERATOR

Aplikasi Generator Prompt Video Aplikasi Generator Prompt Video Pilih parameter di bawah ini untuk menghasilkan prompt video Anda. A. Subjek A1. Bentuk Umum Wajah Pilih... Oval Bulat Kotak Hati/Segitiga Terbalik Lonjong/Oblong Berlian A2. Fitur Wajah Mata (contoh: almond, biru, besar) Hidung (contoh: mancung, kecil) ...

Adi Putra - KERAJAAN MALAYSIA TABUR JANJI, TIPU PELAJAR GENIUS MACAM SAYA

Tokoh Matematik Islam Abad, Adi Putra Abd Ghani yang kini 16 tahun dijanjikan pelbagai perkara oleh kerajaan, segalanya hanya tinggal janji. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Mei, 2015. Genius Matematik, Adi Putra Abd Ghani, bukan nama baru yang perlu diperkenalkan, malah beberapa tahun lepas, beliau menggemparkan negara dengan kehandalan dan kepantasan melakukan kerja pengiraan matematik. Kini pada usia 16 tahun, Adi masih meneruskan minatnya dalam ilmu matematik dan turut mencurahkan ilmunya di dalam dan luar negara, tetapi perlu berdikari, kerana kini dipinggir dan segala janji yang pernah ditabur kerajaan tidak ditepati. Remaja yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Matematik Islam Abad ini oleh Universiti Riau, Indonesia pada 2009 setakat ini menghasilkan 235 formula matematik dan membukukan 12 formula tersebut dalam sebuah bukunya berjudul Seni Matematik Islam. Malangnya, buku yang menjadi rujukan pelajar di peringkat rendah dan menengah di Brunei Darussalam it...