Langsung ke konten utama

Cerita Sebenar Video Ibu Dera Anaknya Yang Jadi Viral Dilaman Sosial


Kisah Sebenar Video Ibu Dera Anak Yang Viral

Ini adalah Kisah Sebenar Video Ibu Dera Anak Yang Viral yang berlaku di Ipoh. Video tersebut telah viral bermula 2 3 hari yang lepas. Jadi pihak Polis telah pun mengeluarkan kenyataan media berkenaan kes tersebut. Jadi jom kita baca kenyataan dari pihak PDRM.

SIARAN MEDIA

PERKEMBANGAN KES BAYI DIDERA DI IPOH, PERAK

Susulan penyebaran video bayi didera yang menjadi viral dalam laman sosial Facebook dan aplikasi Whatapps sejak beberapa hari lepas, hasil siasatan mendapati mangsa iaitu bayi dan saspek yang merupakan ibunya sendiri merupakan individu yang sama seperti kes yang pertama dilaporkan pada 19 April 2015. Siasatan juga mendapati saspek ada membuat rakaman yang lain selain rakaman yang telah manjadi viral sebelum ini. Oleh yang demikian tidak timbul isu adanya kes penderaan yang baru yang dilaporkan.

Bayi berkenaan telah dijaga oleh neneknya sejak dikeluarkan dari hospital untuk pemeriksaan. Perintah jagaan juga telah dikeluarkan oleh mahkamah dimana hak penjagaan bayi tersebut diserahkan kepada neneknya. Bayi berkenaan tidak pernah diserahkan semula kepada saspek iaitu ibu kepada mangsa.

Saspek dalam kes ini telah diberi kaunseling oleh Victim Care Office (VCO) Perak dan bayi berkenaan diselia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bayi tersebut kini dalam keadaan sihat dan hasil pemeriksaan doktor didapati tiada sebarang kecederaan di badan dan kepala mangsa.

Kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak Pendakwa Raya untuk arahan lanjut. Kes disiasat dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan jika sabit kesalahan tertuduh boleh didenda RM20,000 atau penjara tidak lebih sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali.

SUPT ANUAR BIN OTHMAN
TIMBALAN KETUA POLIS DAERAH (OPERASI)
IBU PEJABAT POLIS DAERAH IPOH
19 MEI 2015 1315 hrs

Komentar

Postingan populer dari blog ini

(13 GAMBAR) Lelaki Tinggalkan Gadis Cantik Demi Seorang Janda

Kisah dan gambar seorang lelaki meninggalkan kekasih transgendernya demi seorang janda tersebar di laman sosial. Menurut individu yang memuat naik gambar tersebut, Azhar Idris, lelaki itu meninggalkan kekasih transgender (pelajar UiTM) untuk seorang janda yang menjadi pilihan hatinya. “Janda sememangnya kini menjadi pilihan lelaki pada masa ini. “Yang gambar seorang itu, ex transgender mamat tu. Yang girl dalam gambar berdua itu, janda yang dia couple,” dedah Azhar yang mengakui mengikuti Instagram milik ‘gadis’ transgender berkenaan. “Transgender itu kawan kepada kawan saya di UiTM Shah Alam ini. Dengar macam baik orangnya, study pun PhD. Tapi itulah, tak sangka dia pondan,” katanya disusuli gelak ketawa. Tampil seorang individu turut mengaku mengenali ‘gadis’ transgender ini. “Saya pun kenal dia. Yes, dia baik orangnya. Tahu juga pasal kes putus dia dengan ex boyfriend tu. Dengar (cerita) dia kena buatan ilmu hitam orang selepas putus dengan mamat tu. Tapi dengar cerita, ex dia masih...

PROMPT GENERATOR

Aplikasi Generator Prompt Video Aplikasi Generator Prompt Video Pilih parameter di bawah ini untuk menghasilkan prompt video Anda. A. Subjek A1. Bentuk Umum Wajah Pilih... Oval Bulat Kotak Hati/Segitiga Terbalik Lonjong/Oblong Berlian A2. Fitur Wajah Mata (contoh: almond, biru, besar) Hidung (contoh: mancung, kecil) ...

Adi Putra - KERAJAAN MALAYSIA TABUR JANJI, TIPU PELAJAR GENIUS MACAM SAYA

Tokoh Matematik Islam Abad, Adi Putra Abd Ghani yang kini 16 tahun dijanjikan pelbagai perkara oleh kerajaan, segalanya hanya tinggal janji. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Mei, 2015. Genius Matematik, Adi Putra Abd Ghani, bukan nama baru yang perlu diperkenalkan, malah beberapa tahun lepas, beliau menggemparkan negara dengan kehandalan dan kepantasan melakukan kerja pengiraan matematik. Kini pada usia 16 tahun, Adi masih meneruskan minatnya dalam ilmu matematik dan turut mencurahkan ilmunya di dalam dan luar negara, tetapi perlu berdikari, kerana kini dipinggir dan segala janji yang pernah ditabur kerajaan tidak ditepati. Remaja yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Matematik Islam Abad ini oleh Universiti Riau, Indonesia pada 2009 setakat ini menghasilkan 235 formula matematik dan membukukan 12 formula tersebut dalam sebuah bukunya berjudul Seni Matematik Islam. Malangnya, buku yang menjadi rujukan pelajar di peringkat rendah dan menengah di Brunei Darussalam it...