Langsung ke konten utama

Postingan

Menampilkan postingan dari Februari, 2023

Adi Putra - KERAJAAN MALAYSIA TABUR JANJI, TIPU PELAJAR GENIUS MACAM SAYA

Tokoh Matematik Islam Abad, Adi Putra Abd Ghani yang kini 16 tahun dijanjikan pelbagai perkara oleh kerajaan, segalanya hanya tinggal janji. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Mei, 2015. Genius Matematik, Adi Putra Abd Ghani, bukan nama baru yang perlu diperkenalkan, malah beberapa tahun lepas, beliau menggemparkan negara dengan kehandalan dan kepantasan melakukan kerja pengiraan matematik. Kini pada usia 16 tahun, Adi masih meneruskan minatnya dalam ilmu matematik dan turut mencurahkan ilmunya di dalam dan luar negara, tetapi perlu berdikari, kerana kini dipinggir dan segala janji yang pernah ditabur kerajaan tidak ditepati. Remaja yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Matematik Islam Abad ini oleh Universiti Riau, Indonesia pada 2009 setakat ini menghasilkan 235 formula matematik dan membukukan 12 formula tersebut dalam sebuah bukunya berjudul Seni Matematik Islam. Malangnya, buku yang menjadi rujukan pelajar di peringkat rendah dan menengah di Brunei Darussalam it...

Kisah "Anak Syurga" Jadi Viral, Cetus Perasaan Sebak Apabila Membacanya

Satu gambar yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Ruqayyah Farhani, mencetus sebak para pengguna media sosial dan menjadi viral. Gambar yang diberi tajuk "Anak Syurga" itu memaparkan Ruqayyah yang bertudung labuh, tersenyum sambil memangku bayinya, Maryam Farihah binti Abdullah Mubarak yang kini sudah menemui Pencipta. Menurut penulisan Ruqayyah, beliau redha dengan pemergian bayinya walaupun hanya sempat bersua muka selama 14 hari. Anak Syurga. Dan insyaAllah akan memberi 'syafaat' buat Baba & Mamanya. Mama dah redha sayang.. Maryam Farihah binti Abdullah Mubarak, indah namanya seindah orangnya. Bidadari kuat :') Terima kasih Allah di atas pinjamanmu selama 14 hari. Anugerah terindah dalam hidup mama. Si adik, Marsya Farihah tengah survive. Doakannnn. Tengok Marsya nanti nampak Maryam jugak, sebab muka sama :'D Di ruangan komen pula, pengguna-pengguna facebook memberikan semangat kepada Ruqayyah supaya tabah menghadapi ujian Ilahi. Selain itu, ...